Thursday, February 7, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Limau
Health Benefits of Lime
The health benefits of lime include weight loss, skin care, good digestion, relief from constipation, eye care, and treatment of scurvy, piles, peptic ulcer, respiratory disorders, gout, gums, urinary disorders, etc.
Lemak
Siapa kata lemak tak penting? Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan badan untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya. Lemak juga menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati. Lemak juga menjadi agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;
Protein
Protein yang cukup sangat penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang terlibat dalam latihan yang kuat. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan kulit, rambut, kuku, tulang, tendon, ligamen dan otot. Ia juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran enzim dan menjaga kesimbangan strict acis-base.
Recommended Dietary Allowance (RDA) untuk seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak terlibat dengan aktiviti berat adalah 0.4 gram protein per kilogram berat badan, manakala untuk yang aktif 0.83 gram protein per kilogram berat badan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa atlet kompetitif, terutamanya mereka yang terlibat dalam latihan bebanan yang berat, memerlukan lebih banyak protein. Bagi atlet kekuatan dan daya tahan dari 1.2 hingga 2.0 gram protein per kilogram. Untuk ahli bina badan 1.0 hingga 3.0 gram protein. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan protein lebih dari keperluan ini tidak bermanfaat dan boleh membahayakan dalam jangka masa panjang.
Sumber protein yang baik termasuk susu rendah lemak, ikan, daging merah tanpa lemak, telur putih, ayam, kacang, produk soya dan lain-lain. Daging berlemak seperti daging babi dan daging burger serta kebanyakan keju mengandungi banyak lemak tepu dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber protein.
Sejak akhir-akhir ini, diet rendah karbohidrat dan tinggi protein menjadi popular dalam industri menurunkan berat badan. Diet rendah karbohidrat tidak sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti bebanan yang kuat. Kebiasaan diet rendah karbohirat ini diantara nisbah karbohidrat ke protein, 10:90 atau 20:80. Untuk peringkat awal boleh mulakan dengan 50:50 dan ditukar ke 40:60 di peringkat akhir diet. Melalui apa yang saya lihat, kebanyakan orang Malaysia, mengambil karbohidrat berlebihan dalam setiap menu. . Badan akan menggunakan sumber protein sebagai tenaga selepas 45 minit bersenam jika kemasukan karbohirat tidak mencukupi.
Protein mempunyai TID yang tertinggi di antara semua nutrisi yang lain (karbohidrat dan lemak). TID adalah singkatan untuk Thermogenesis Induced by Diet. Setiap gizi perlukan tenaga untuk dicernakan oleh sistem pencernaan dan kemudian diserap ke dalam aliran darah. Tenaga yang badan gunakan untuk mencerna ini dipanggil TID. TID berbeza untuk setiap nutrien
- TID untuk protein adalah 25%
- TID untuk karbohidrat adalah 5%
- TID untuk lemak adalah 2%
- TID untuk karbohidrat adalah 5%
- TID untuk lemak adalah 2%
Contoh 1:
100g tuna dengan air di dalam tin mengandungi sekitar 25g protein.
Setiap gram protein mempunyai nilai kalori 4kcal.
Jumlah kalori 25 x 4 = 100kcal.
TID untuk protein adalah 25%
25% daripada 100 bersamaan dengan 25kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna protein adalah 25kcal.

Contoh 2:
227g epal mengandungi sekitar 25g karbohidrat.
Setiap gram karbohidrat mempunyai nilai kalori 4kcal.
Jumlah kalori 25 x 4 = 100kcal.
TID untuk protein adalah 5%
5% daripada 100 bersamaan dengan 5kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna karbohidrat adalah 5kcal.

Contoh 3:
11g minyak zaitun mengandungi sekitar 11g lemak.
Setiap gram lemak mempunyai nilai kalori 9kcal.
Jumlah kalori 11 x 9 = 99kcal.
TID untuk lemak adalah 2%
2% daripada 99 bersamaan dengan 2kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna karbohidrat adalah 2kcal.

Seperti yang anda lihat, pengambilan protein meningkat pengeluaran tenaga lebih daripada nutrisi lain. Ini menjelaskan kenapa kita perlu memasukkan protein dalam setiap meal untuk meningkatkan metabolisme badan.
Contoh Diet Harian
Sarapan
1 menu buah, 1 cawan oat (ditambah madu), 4 biji telur putih, 1 gelas jus oren tanpa gula.
Snek
1 menu buah, 1 cawan yogurt
Makan Tengahari
Tuna atau ayam bakar, roti gandum, campuran salad dengan minyak zaitun dan jus lemon, 1 gelas air buah tanpa gula atau susu rendah lemak, 1-2 biji pisang
Snek
1 bungkus kecil kacang seperti almonds, hazelnut
Makan Malam
1 cawan nasi basmathi atau pasta, 1 menu tomato, ikan atau ayam bakar atau potongan daging tanpa lemak, 1 sayuran

(Ini hanya contoh, diet adalah mengikut berat badan, boleh dibahagi ke lebih menu)
Saturday, February 2, 2013
Surah
Did you know? ^_^ must remember this surah~
** Suratul Faatiha protects one from the anger of Allah.
** Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment.
** Suratul Waaqi'ah protects one from poverty and starvation.
Islam Pentingkan Kesihatan
Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.
Rasulullah SAW bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil sikap membiarkannya.
Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda Nabi dan mereka bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?” Maka sabda Nabi : “Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja.” Maka mereka bertanya, “apakah penyakit itu?” Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan. Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
Sebenarnya, Islam sendiri mengakui akan peri pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Elakkan daripada berdepan dengan mereka yang mengidap penyakit bertujuan menghindarinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri dari tempat penyakit berjangkit menular. Apatah lagi orang yang sedang sakit itu mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum. Sehubungan itu, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebenarnya, keselamatan dari ada hubungannya dengan tahap penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, Pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian.

Firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)
Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)
Disegi cara minum dan makan, Islam mempunyai tatacara yang jelas bagi mengelakkan kesan yang tidak baik dari kebiasaan yang bertukar menjadi amalan. Walapun perkara ini nampak remeh namun natijahnya sangat besar.

Islam melarang umatnya meminum air secara sekali gus atau terus-menerus di dalam satu bekas yang berisi air. Sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.
Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” (Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.
Makanlah sekadar mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Rasulullah SAW bersabda “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.”(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental.
Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin kecergasan badan ialah berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti ini dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan mereka Dalam hal berkaitan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)
Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh adalah disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus. Hidangan sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang menjadi realitinya.
Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)
Friday, February 1, 2013
Petua Mencari Calon Suami yg Baik~
Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK
- Pilih yang baik dan beragama
Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepadaisteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak. - Cari yang sabar dan penyayang
Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran. - Jangan nilai pada rupa‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
- Hormat orang tua
Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita. - Cari yang boleh mendengar dan mendidik
Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin. - Lihat pada keluarga dia
Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami. - Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.
Recipe~ Pancake
Pancake... paling mudah yg sya pernah buat.. skali try dah boleh buat.. tpi x la bulat comel.. tpi rsa sedap la..
ni basic recipe dia~
2~4
1 cup self-raising flour
1/3 cup white sugar or depend on taste.. but garam skit pun x pe.. tpi skit je tau..
1 egg
1 cup milk
butter atau margarine ikut cita rsa msing2 (untuk masak)
mudah ja.. msuk semua bahan dalam 1 mangkuk.. siap la acuan dia hehehe
pastu tuangkan dlm non-stick pan + butter @ margarine..
yg ni basic dia.. boleh je boh cholate milk gnti fresh milk untuk pan cake perisa coklat.. klau suka banana sma ada kisar atau potong kecik buh dlm acuan tu.. ikut cita rsa msing2 hehehe.. mudah dan sedap~
Pancake boleh dimakan dgn honey atau Jem atau peanut butter.. tpi jem manis sngt.. so bleh try buat recipe gem sendiri ...
mudah je.. bli jem dlm botol , perisa strawberry ke , blackcurrent ke.. tmbah air pstu gaul la smpai jem tu sebati .. hehehe.. campurkan ngn honey pun boleh~ delicia~
Pancake ni mcm2 boleh buat.. nak ais kream , buh cheese ka.. cream mcm durian crepe.. pancake crepe huhuhu.. xD

Recipe~ Chicken&Lamb Chop
Resepi Crispy Chicken Chop
Oleh: Alniamira Alwi
Bahan- bahan (ayam) :
- hirisan dada ayam / peha ayam yg sudah dibuang tulang
- serbuk lada hitam & lada putih
- garam
- telur
- serbuk roti (boleh beli di kedai bakery, cari yg warna putih, sedap!)
Cara-cara :
1) Perap hirisan ayam / peha ayam dgn lada hitam & lada putih & garam selama 1/2 jam.
2) Panaskan minyak, celup hirisan ayam yg sudah diperap kedalam telur yg dipukul sedikit.
3) Balik balikkan hirisan ayam dalam serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan ayam.
4) Goreng ayam td dalam myk dgn api sederhana sehingga keemasan.
Bahan-bahan (kuah / gravy) :
- 2 sudu butter
- 2 ulas bawang putih
- sebiji bawang besar
- 1 cm halia
- serbuk lada hitam
- 250gm serbuk brown sos (boleh dapatkan di kedai bakery)
- 1liter air
- cendawan butang (optional)
Cara-cara :
1) Panaskan butter, tumis lada hitam, bwg putih, bwg besar & halia yg dicincang halus.
2) Bancuhkan serbuk brown sos dgn 1liter air dan tuang ke dalam tumisan bawang.
3) Kacau sehingga mendidih & pekat.
4) Masukkan hirisan cendawan butang.
** brown sos nie dah sedap, tak payah tambah perisa pun takpe. Tapi kalau nak tambah pun boleh
Bahan-bahan (coleslaw) :
- kobis
- lobak merah
- bawang holland
- mayonis
- susu tepung (2 sudu besar)
Cara-cara :
1) Hiris halus semua sayur, gaulkan dgn mayonis & susu tepung dan perisakan. Sejukkan sekejap.
Chiken chop & kuah boleh dihidangkan dengan coleslaw, kentang goreng, brokoli & baby carrot yg dicelur sekejap, tomato, salad, kacang panggang dan lain-lain.
Selamat Mencuba! :)
LAmb Chop Versi Naimah Md Ludin
Oleh: Naimah Md Ludin
Bahan A
-5 keping daging kambing
*boleh diganti dengan daging lembu/ayam (kalau xsuka kambing)
Bahan B (sos lada hitam utk perap dan siram atas lamb chop)
-1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 sudu butter/planta
- 1 sudu tepung gandum@jagung (dibancuh dgn sedikit air)
- 2 sudu lada hitam di tumbuk @ serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram / sos cili@sos tomato
- 1 kiub pati ayam/lembu
*boleh tambah cendawan butang kalau suka
Cara:
cairkan butter, tumiskan bawang besar.dah kuning masukkan bancuhan tepung..kacau sekata..masukkan lada hitam..sos cili@tomato,sos tiram dan kiub pati ayam...tmbahkan air jika terlalu pekat...masak sampai mendidih dan padamkan api...ambik separuh simpan untuk siram atas daging yg dah dibakar/panggang nanti. separuh lagi guna utk perap daging.
selepas perap daging selama 2-3 jam (lebih lama lebih sedap)
masukkan dalam pemanggang dan panggang selama 10-15mnt..balikkan pemangang dan bakar lg 10 mnt..biar daging betul2 masak..
Bahan c
kentang
*brokoli
*mix vegetable
*buah tomato
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
*boleh tambah cili benggala kalau suka
Cara:
-goreng kentang sampai masak sekata
-gaul bahan * dengan garam dan lada hitam..
-kukus atau bakar campuran bahan * sampai empuk.
(kalau goreng dengan sedikit minyak zaiton pun boleh)
-hidang semua bahan C bersama daging yang dah dibakar dan siram dengan baki sos lada hitam yg dimasak tadi.boleh tambah sos cili dan mayonis (utk mkn bersama kentang goreng).
Selamat mencuba! :)
Thursday, January 31, 2013
Why Herbalife?
Ok.. Why Herbalife? bnyak sebab
1. Azam untuk membantu keluarga. Keluarga bukan la senang , cuma sederhana .. tidak mampu untuk pergi cuti oversea 1 family.. tambah lagi family yg ramai.. sedih melihat mak walaupun sudah tua tpi cuba cri duit untuk anak2 dia mengaji , belajar :( .. aq cuba ingin meringan beban ibu dan ayah.. bila dah ada solid income insya'Allah tidak ku minta lgi duit.. tetapi aq pula yg memberi.. insya'Allah.. moga2 dipermudahkan
badan aq lemah sngt.. dulu aq seorang yg kering.. smpai makan bnyak pun x besar2.. tpi skrng.. aq cuba ingin menjadi kuat , menukar segala kelemahan menjadi kekuatan ! yeah! aq ingt jdi kuat dan kuat! aq ingin melindungin org yg tersayang , org yg tersayang tidak akan rsa terancam jika bersama ngn aq.. ingin mempunyai tubuh yg gagah mcm tentera2 Islam zaman kegemilangan.. Insya'Allah.
3. Azam membuang penyakit , aq mempunyai penyakit resdung tahap rendah , jerawat , migrain , cepat letih , perut boroi dan sebagainya.. Insya'Allah dgn herbalife.. masalah ini dpt diatasi
4. Azam ingin kahwin, berumah tangga dan mempunyai keperluan dan kehendak yg cukup dan selesa. Seorng lelaki apa x mahu kahwin.. perempuan merupakan pelengkap kepada lelaki. Assistance of Man , pembantu yg paling terbaik! tngok mcm mna keluarga herbalife , ada yg kahwin awal dgn duit herbalife .. mampu beli kereta dan sebagainya tanpa meminta sedikit duit pun dari ibu bapa.. tngok mcm mna kejayaan suami isteri susah senang bersama , menyebabkan aq jeles hehehe.. dan teringin nak kahwin awal huhuhu.. Bila kita kahwin Insya'Allah rezeki akan melimpah ^_^ ... so klau mampu kahwin awal kahwin la..
selepas kahwin , x kan nak bgi isteri dan anak duk rumah sewa , rumah setinggan , rumah parent.. tentulah rumah sendiri yg selesa .. dilengkapi dengan kemudahan , peralatan , mcm tv , astro dan sebagainya.. aq mahu diorng senang .. kenderaan , tempat tidur , ruang yg luang , cantik.. itu la cita2 ku.. Amin
5. Azam happy family , Baitul Jannati , dengan herbalife , hidup tidak stress , ikut suka nak berkerja bila.. boleh bercuti meluangkan masa bersama anak2 .. main bersama .. ^_^ sweetkan mcm tu huhuhuhu...
6. Membantu org yg memerlukan , x semua org di dunia ni senang.. dgn duit kita mampu memberi kepada org yg memerlukan duit seperti makanan tempat tinggal dan sebagainya.. pilih antara kita mampu menyelamatkan 1 org atau 100 org? semua terletak di tgn anda.
Contoh Keluarga Herbalife hehehe jeles nya xD ..
My leader~
Sesiapa yg berminat nak consume atau buat part-time boleh direct pm sya atau contact sya 012-5114213 ^_^ .. smart people will do it.. hehehe
Stakat ni.. itu sja why Herbalife bgi sya.. huhuhu.. Work Double, then kahwin hehehehe.. pstu dah ada best supporter bru bleh jdi org yg hebat! huhuhuhu.. klau ada pak cik mak cik yg msih ada anak dara kat rumah tu boleh la cuba jodohkan hehehehe :P .. ^_^ moga2 ke temu dgn zaujah yg buat business sma2 dan susah senang bersama hehehe... mcm keluarga Herbalife~
Nostalgia~ sekolah rendah , SKUA
Sekolah Kebangsaan Utan Aji 1999 – 2004Nostalgia! Hahaha exercise smbil mengunjungi sekolah rendah yg dlu.. best2.. sudah lapan tahun … keadaan sudah berubah , bangunan baru , cikgu baru , pelajar baru , pak guard baru.. huhuhu.. tpi setiap petang jdi rutin geng2 main bola.. tersempak ngn kawan kecik2 dulu.. semua dah tua huhuhu.. masa kecik dlu selalu gak petang2 main bola bersama abg2.. lepas msuk tingkatan 1 ja , dah x aktif L huhuhu.. sian.. kawan2 lama ada yg dengar berita ada tidak.. sob sob~ miss you all..
OK!
jeng jeng.. new SKUA!
OK!
jeng jeng.. new SKUA!
ingt x lagi pondok ni? ni la pengakap , bulan sabit merah dan macam2 aktiviti buat kat pondok ni.. ada 4 pondok yg mewakili 4 rumah sukan , merah , kuning , biru , hijau .. rumah sya rumah merah fav. selalu menang :P
ni la belakang kelas kami dlu , bawah darjah lima , atas darjah 6 huhuhu
darjah 5 dah bertukar jdi darjah 3 sob sob my class D:
ni bilik guru , atas tu perpustakaan... dlu rajin gi perpustakaan sebab cikgu sruh.. boring xD
padang bola! padang semua! hahaha.. bola buat kat sini , bola baling buat kat sini , lari , lontar peluru , lompat jauh semua buat kat sini.. bleh kata hampir kesemua aktiviti sukan buat kat ni.. besar kan?
Surau SKUA.. lama dah x kunjung huhuhuhu.. sebelah dia pstu bilik komputer (tempat fav gak hehehe)
Kantin! tempat fav.! rehat ja psti mai sini.. rehat 30 min dlu.. pstu trun ke 20 min... haiz~ harga makanan dlu kat sini nasi ayam atau daging 50 sen je , air kecik 10 sen , besar 20 sen , ingt lagi huhuhu.. darjah 1 smpai 4 mai sekolah bwk seringgit ja.. lepas tu bwk 2 ringgit..~ x dak jimat punya.. bgi 1 ringgit , 1 ringgit abis xD bgi 2 ringgit , 2 ringgit abis .. duit lebih bli jajan , air kat luar sekolah kihkihkih tempat lepak kami dlu~ air sebungkus 20 sen ja dlu.. keropok mcm2 .. ^_^
Masih kah kau ingt? Hahaha ni la tempat main kami dlu~
Yg ni la courters guru , siap masa aq darjah 3 kot klau x silap~
huhuhu best wow main buaian kat sini.. hehehe.. dulu smpai pusing2.. tpi kena
marah gak ngn cikgu2 kat situ.. taman permainan ni khas untuk anak2 cikgu kat
situ je.. pstu dah x main.. x brani huhuhu~ nostalgia~
ada gelungsur dan mcm2 hehehe
tempat fav. kuda2 hahaha x ingt nma apa.. tpi best la dlu.. suka naik yg kancil tu :P
tpi syang :( , tempat ni dah usang , dah tiada anak2 kecil main di sini lgi huhuhu ... sian.. tpi x pa.. tempat ni akan ku kenang~
Tdi main bola bersama adik2 aka junior aq hehehe .. umur bru darjah 3 .. tpi mcm aq darjah 6 dlu hahaha.. k fine!.. dlu aq lambat membesar.. comel je :P .. n aq pendek dlu.. tpi bukan la terpendek .. tgh2 .. hahaha.. dlu perempuan tinggi dari aq tau hah!
tpi x pa skrng aq dah besar :D , makin tough lgi wekkk :P ...
Hahahaha.. kepada kwn2 sekolah rendah dlu semoga hidup kamu bahagia dan mempunyai msa depan yg cerah.. nnti kahwin jgn lupa ajak kawe hahaha.. kawe lambat lgi.. calon dah ada tpi dia duk japan.. duk tgh kumpul duit p sna kihkihkihkih..
All The Best Kawan Ku! Semoga Persahabatan Kita berkekalan! Amin ^_^
Wednesday, January 30, 2013
Ceramah Pilihan~ Anak Isteri yg bertuah
Ahli Panel: UAI
: Ustaz Bollywood
Moderator: Ustaz Syed Norhisyam
Part 1
Part 2
Ceramah pilihan~ wanita & Iman
Ustaz Haslin Bahrim (Ustaz Bollywood)
Orang Perempuan senang masuk syurga & Perasaan Malu & Iman tu Penting
Orang Perempuan senang masuk syurga & Perasaan Malu & Iman tu Penting
Legend~ Mus'ab Bin Umayr
sumber - Artikel iluvislam.com
Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus'ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin.
Kaum musyrikin melakukan serangan hebat dengan matlamat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam saat getir itu, Mus'ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan teguh mempertahankan Rasulullah SAW.
Menyedari ancaman ke atas Baginda, beliau cuba untuk memberikan semangat serta mengalih perhatian musuh dengan mengangkat panji setinggi-tingginya sambil bertakbir dengan nyaring.
Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud.
Ibn Qamiah bersungguh-sungguh berusaha membunuh Mus'ab kerana menyangka bahawa Mus'ab itu adalah Rasulullah SAW, disebabkan wajah Mus'ab seiras dengan wajah Rasulullah SAW. Lantaran itu, sebaik sahaja dia membunuh Mus'ab, dia terus pergi kepada kawan-kawan musyrikin yang lain lalu menjerit-jerit mengatakan bahawa Muhammad telah dibunuh.
Ketika gugurnya Mus'ab, sahabat-sahabat Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telahberusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al-Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus'ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya.
Apabila selesai pertempuran, Rasulullah meminta para sahabat meninjau tentera Islam yang cedera dan syahid. Para sahabat kemudiannya mengumpulkan jenazah-jenazah para syuhada' untuk dikebumikan.
Pengkebumian jenazah Mus'ab antara yang paling menyayat hati. Ketika jenazahnya yang syahid itu hendak dikafankan, didapati tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apa yang ada hanyalah pakaiannya yang singkat dan tidak mencukupi untuk menutup jasadnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.
Para sahabat yang menguruskan jenazah tidak dapat menutup jasad Mus'ab yang syahid itu keseluruhannya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, Baginda Rasulullah SAW meminta agar kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun idhkhir.
Rasulullah SAW amat tersentuh dengan pemergian para syuhada Uhud termasuk Mus'ab dan bapa saudara Baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, yang jasadnya dipotong dengan kejam. Sambil menghadap jenazah para syuhada Uhud, Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: "Daripada orang-orang yang beriman itu ada yang telah membenarkan janji mereka kepada Allah".
Kemudiannya, sambil bercucuran air mata, Rasulullah SAW bersabda kepada jenazah syuhada termasuk Mus'ab: Sesungguhnya Rasulullah menjadi saksi bahawa kalian semua adalah syuhada di sisi Allah di akhirat nanti"
Demikian kisah kekuatan peribadi Mus'ab Umayr, seorang hamba Allah dalammempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha danpengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus'ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus'ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah.
Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Seterusnya, dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat. Akhirnya beliau menemu Allah dengan penuh kemuliaan sebagai seorang syahid.
Legend~ Sultan Muhammad Al Fateh
Sumber - Artikel iluvislam.com
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.

Pendidikan
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Keperibadian
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.

Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.
Subscribe to:
Posts (Atom)