Thursday, February 7, 2013

Bergusti


Rasulullah saw Bergusti



Rukanah satu nama yang amat terkenal di Kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa. Hampir tidak ada seorang pun yang tidak mengenalinya, seorang yang perkasa dan jarang ada orang yang berani menentangnya. Rukanah adalah seorang jaguh gusti yang ulun

Wednesday, February 6, 2013

Limau


Health Benefits of Lime

The health benefits of lime include weight loss, skin care, good digestion, relief from constipation, eye care, and treatment of scurvy, piles, peptic ulcer, respiratory disorders, gout, gums, urinary disorders, etc.

Lemak


Siapa kata lemak tak penting? Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan badan untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya. Lemak juga menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati. Lemak juga menjadi agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;

Protein

Protein yang cukup sangat penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang terlibat dalam latihan yang kuat. Protein sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan kulit, rambut, kuku, tulang, tendon, ligamen dan otot. Ia juga memainkan peranan penting dalam pengeluaran enzim dan menjaga kesimbangan strict acis-base.
Recommended Dietary Allowance (RDA) untuk seorang lelaki dan wanita dewasa yang tidak terlibat dengan aktiviti berat adalah 0.4 gram protein per kilogram berat badan, manakala untuk yang aktif 0.83 gram protein per kilogram berat badan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa atlet kompetitif, terutamanya mereka yang terlibat dalam latihan bebanan yang berat, memerlukan lebih banyak protein. Bagi atlet kekuatan dan daya tahan dari 1.2 hingga 2.0 gram protein per kilogram. Untuk ahli bina badan 1.0 hingga 3.0 gram protein. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan protein lebih dari keperluan ini tidak bermanfaat dan boleh membahayakan dalam jangka masa panjang.
Sumber protein yang baik termasuk susu rendah lemak, ikan, daging merah tanpa lemak, telur putih, ayam, kacang, produk soya dan lain-lain. Daging berlemak seperti daging babi dan daging burger serta kebanyakan keju mengandungi banyak lemak tepu dan tidak sesuai digunakan sebagai sumber protein.
Sejak akhir-akhir ini, diet rendah karbohidrat dan tinggi protein menjadi popular dalam industri menurunkan berat badan. Diet rendah karbohidrat tidak sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti bebanan yang kuat. Kebiasaan diet rendah karbohirat ini diantara nisbah karbohidrat ke protein, 10:90 atau 20:80. Untuk peringkat awal boleh mulakan dengan 50:50 dan ditukar ke 40:60 di peringkat akhir diet. Melalui apa yang saya lihat, kebanyakan orang Malaysia, mengambil karbohidrat berlebihan dalam setiap menu. :D . Badan akan menggunakan sumber protein sebagai tenaga selepas 45 minit bersenam jika kemasukan karbohirat tidak mencukupi.
Protein mempunyai TID yang tertinggi di antara semua nutrisi yang lain (karbohidrat dan lemak). TID adalah singkatan untuk Thermogenesis Induced by Diet. Setiap gizi perlukan tenaga untuk dicernakan oleh sistem pencernaan dan kemudian diserap ke dalam aliran darah. Tenaga yang badan gunakan untuk mencerna ini dipanggil TID. TID berbeza untuk setiap nutrien
- TID untuk protein adalah 25%
- TID untuk karbohidrat adalah 5%
- TID untuk lemak adalah 2%
Contoh 1:
100g tuna dengan air di dalam tin mengandungi sekitar 25g protein.
Setiap gram protein mempunyai nilai kalori 4kcal.
Jumlah kalori 25 x 4 = 100kcal.
TID untuk protein adalah 25%
25% daripada 100 bersamaan dengan 25kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna protein adalah 25kcal.
Contoh 2:
227g epal mengandungi sekitar 25g karbohidrat.
Setiap gram karbohidrat mempunyai nilai kalori 4kcal.
Jumlah kalori 25 x 4 = 100kcal.
TID untuk protein adalah 5%
5% daripada 100 bersamaan dengan 5kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna karbohidrat adalah 5kcal.
Contoh 3:
11g minyak zaitun mengandungi sekitar 11g lemak.
Setiap gram lemak mempunyai nilai kalori 9kcal.
Jumlah kalori 11 x 9 = 99kcal.
TID untuk lemak adalah 2%
2% daripada 99 bersamaan dengan 2kcal.
Jumlah tenaga yang digunakan untuk mencerna karbohidrat adalah 2kcal.
Seperti yang anda lihat, pengambilan protein meningkat pengeluaran tenaga lebih daripada nutrisi lain. Ini menjelaskan kenapa kita perlu memasukkan protein dalam setiap meal untuk meningkatkan metabolisme badan.
Contoh Diet Harian
Sarapan
1 menu buah, 1 cawan oat (ditambah madu), 4 biji telur putih, 1 gelas jus oren tanpa gula.
Snek
1 menu buah, 1 cawan yogurt
Makan Tengahari
Tuna atau ayam bakar, roti gandum, campuran salad dengan minyak zaitun dan jus lemon, 1 gelas air buah tanpa gula atau susu rendah lemak, 1-2 biji pisang
Snek
1 bungkus kecil kacang seperti almonds, hazelnut
Makan Malam
1 cawan nasi basmathi atau pasta, 1 menu tomato, ikan atau ayam bakar atau potongan daging tanpa lemak, 1 sayuran
(Ini hanya contoh, diet adalah mengikut berat badan, boleh dibahagi ke lebih menu)

Saturday, February 2, 2013

Surah


Did you know? ^_^ must remember this surah~


** Suratul Faatiha protects one from the anger of Allah.

** Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment.

** Suratul Waaqi'ah protects one from poverty and starvation.

Islam Pentingkan Kesihatan























Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah. 
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.
Rasulullah SAW bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)
Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kaedah terbaik dalam penjagaan kesihatan ialah dengan menyediakan perisai pencegahan seawalnya. Namun apabila diserang penyakit, kita terpaksa juga berikhtiar untuk menyembuhkannya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang. Ini bermakna mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita diminta berubat apabila ditimpa penyakit tanpa mengambil sikap membiarkannya.
Jangan sesekali berubat dengan benda yang diharamkan agama. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” ( Hadis Riwayat Abu Daud).
Dalam satu peristiwa, orang Arab Badwi telah datang kepada Baginda Nabi dan mereka bertanya: “Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat?” Maka sabda Nabi : “Ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja.” Maka mereka bertanya, “apakah penyakit itu?” Sabda Nabi : “Penyakit itu ialah ‘tua’.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani. Tujuannya untuk membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini begitu ketara di bulan Ramadan. Makan hidangan secara berlebihan boleh memudaratkan badan. Al-Quran menjelaskan mengenai pentingnya bersederhana dalam soal makan dan minum sebagai panduan untuk kebaikan.
Allah berfirman bermaksud: “Makanlah dan minumlah serta jangan berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)
Sebenarnya, Islam sendiri mengakui akan peri pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Elakkan daripada berdepan dengan mereka yang mengidap penyakit bertujuan menghindarinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri kalian untuk menghindari penyakit itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam erti kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri dari tempat penyakit berjangkit menular. Apatah lagi orang yang sedang sakit itu mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum. Sehubungan itu, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi (bergaul dengan) orang yang sihat ” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebenarnya, keselamatan dari ada hubungannya dengan tahap penjagaan kebersihan diri dan persekitaran, Pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian.
Firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” ( Surah Al-Baqarah, Ayat 222)
Kebersihan memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. ( Hadis Riwayat Muslim)
Disegi cara minum dan makan, Islam mempunyai tatacara yang jelas bagi mengelakkan kesan yang tidak baik dari kebiasaan yang bertukar menjadi amalan. Walapun perkara ini nampak remeh namun natijahnya sangat besar.
Islam melarang umatnya meminum air secara sekali gus atau terus-menerus di dalam satu bekas yang berisi air. Sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.
Larangan itu berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca bismillah apabila kamu minum dan baca alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” (Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.
Makanlah sekadar mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat bekerja. Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 untuk makanan , 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Rasulullah SAW bersabda “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.”(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Akal yang cergas berkait rapat dengan badan yang sihat. Badan yang sihat berkait rapat dengan amalan makanan dan pemakan yang seimbang. Perpatah Arab yang berbunyi `Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal dan mental.
Antara aktiviti yang membantu kesihatan dan menjamin kecergasan badan ialah berenang, memanah dan menunggang kuda. Aktiviti ini dicadangkan supaya ianya didedahkan kepada kanak-kanak lagi supaya menjadi kebiasaan untuk diamalkan dalam kehidupan mereka Dalam hal berkaitan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Ajarilah anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda.” (Riwayat Thabrani)
Perbetulkan tanggapan bahawa kekuatan tubuh adalah disandarkan kepada banyaknya makan tetapi yang sebetulnya pengambilan yang seimbang menjadi faktor pembinanya. Mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap adalah lebih baik berbanding dengan makan makan yang banyak secara sekali gus. Hidangan sewaktu berbuka puasa adalah cabaran yang menjadi realitinya.
Rasulullah SAW bersabda “ Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan memiliki makanan seharian yang cukup maka seolah-olah dunia ini miliknya.” ( Riwayat at Tirmizi)

Friday, February 1, 2013

Petua Mencari Calon Suami yg Baik~


Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
    Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepadaisteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa
    ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
    Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
    Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
    Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
    Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.


Recipe~ Pancake

Pancake... paling mudah yg sya pernah buat.. skali try dah boleh buat.. tpi x la bulat comel.. tpi rsa sedap la..

ni basic recipe dia~

2~4
1 cup self-raising flour
1/3 cup white sugar or depend on taste.. but garam skit pun x pe.. tpi skit je tau..
1 egg
1 cup milk
butter atau margarine ikut cita rsa msing2 (untuk masak)

mudah ja.. msuk semua bahan dalam 1 mangkuk.. siap la acuan dia hehehe
pastu tuangkan dlm non-stick pan + butter @ margarine..

yg ni basic dia.. boleh je boh cholate milk gnti fresh milk untuk pan cake perisa coklat.. klau suka banana sma ada kisar atau potong kecik buh dlm acuan tu.. ikut cita rsa msing2 hehehe.. mudah dan sedap~


Pancake boleh dimakan dgn honey atau Jem atau peanut butter.. tpi jem manis sngt.. so bleh try buat recipe gem sendiri ...

mudah je.. bli jem dlm botol , perisa strawberry ke , blackcurrent ke.. tmbah air pstu gaul la smpai jem tu sebati .. hehehe.. campurkan ngn honey pun boleh~ delicia~

Pancake ni mcm2 boleh buat.. nak ais kream , buh cheese ka.. cream mcm durian crepe.. pancake crepe huhuhu.. xD

Recipe~ Chicken&Lamb Chop

Western.. one of my fav. food hehehe..

Resepi Crispy Chicken Chop
Oleh: Alniamira Alwi

Bahan- bahan (ayam) :
- hirisan dada ayam / peha ayam yg sudah dibuang tulang
- serbuk lada hitam & lada putih
- garam
- telur
- serbuk roti (boleh beli di kedai bakery, cari yg warna putih, sedap!)

Cara-cara :
1) Perap hirisan ayam / peha ayam dgn lada hitam & lada putih & garam selama 1/2 jam.
2) Panaskan minyak, celup hirisan ayam yg sudah diperap kedalam telur yg dipukul sedikit.
3) Balik balikkan hirisan ayam dalam serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan ayam.
4) Goreng ayam td dalam myk dgn api sederhana sehingga keemasan.

Bahan-bahan (kuah / gravy) :
- 2 sudu butter
- 2 ulas bawang putih
- sebiji bawang besar
- 1 cm halia
- serbuk lada hitam
- 250gm serbuk brown sos (boleh dapatkan di kedai bakery)
- 1liter air
- cendawan butang (optional)

Cara-cara :
1) Panaskan butter, tumis lada hitam, bwg putih, bwg besar & halia yg dicincang halus.
2) Bancuhkan serbuk brown sos dgn 1liter air dan tuang ke dalam tumisan bawang.
3) Kacau sehingga mendidih & pekat.
4) Masukkan hirisan cendawan butang.
** brown sos nie dah sedap, tak payah tambah perisa pun takpe. Tapi kalau nak tambah pun boleh 

Bahan-bahan (coleslaw) :
- kobis
- lobak merah
- bawang holland
- mayonis
- susu tepung (2 sudu besar)

Cara-cara :
1) Hiris halus semua sayur, gaulkan dgn mayonis & susu tepung dan perisakan. Sejukkan sekejap.

Chiken chop & kuah boleh dihidangkan dengan coleslaw, kentang goreng, brokoli & baby carrot yg dicelur sekejap, tomato, salad, kacang panggang dan lain-lain.

Selamat Mencuba! :)



LAmb Chop Versi Naimah Md Ludin
Oleh: Naimah Md Ludin

Bahan A
-5 keping daging kambing
*boleh diganti dengan daging lembu/ayam (kalau xsuka kambing)

Bahan B (sos lada hitam utk perap dan siram atas lamb chop)
-1 labu bawang besar (potong dadu)
- 2 sudu butter/planta
- 1 sudu tepung gandum@jagung (dibancuh dgn sedikit air)
- 2 sudu lada hitam di tumbuk @ serbuk lada hitam
- 1 sudu sos tiram / sos cili@sos tomato
- 1 kiub pati ayam/lembu
*boleh tambah cendawan butang kalau suka

Cara:
cairkan butter, tumiskan bawang besar.dah kuning masukkan bancuhan tepung..kacau sekata..masukkan lada hitam..sos cili@tomato,sos tiram dan kiub pati ayam...tmbahkan air jika terlalu pekat...masak sampai mendidih dan padamkan api...ambik separuh simpan untuk siram atas daging yg dah dibakar/panggang nanti. separuh lagi guna utk perap daging.
selepas perap daging selama 2-3 jam (lebih lama lebih sedap)
masukkan dalam pemanggang dan panggang selama 10-15mnt..balikkan pemangang dan bakar lg 10 mnt..biar daging betul2 masak..

Bahan c
kentang
*brokoli
*mix vegetable
*buah tomato
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
*boleh tambah cili benggala kalau suka
Cara:
-goreng kentang sampai masak sekata
-gaul bahan * dengan garam dan lada hitam..
-kukus atau bakar campuran bahan * sampai empuk.
(kalau goreng dengan sedikit minyak zaiton pun boleh)
-hidang semua bahan C bersama daging yang dah dibakar dan siram dengan baki sos lada hitam yg dimasak tadi.boleh tambah sos cili dan mayonis (utk mkn bersama kentang goreng).

Selamat mencuba! :)