Thursday, January 31, 2013

Why Herbalife?



 Org herbalife psti ada misi dan visi .. kenapa ambik herbalife sebagai part-time atau fulltime

Ok.. Why Herbalife? bnyak sebab

1. Azam untuk membantu keluarga. Keluarga bukan la senang , cuma sederhana .. tidak mampu untuk pergi cuti oversea 1 family.. tambah lagi family yg ramai.. sedih melihat mak walaupun sudah tua tpi cuba cri duit untuk anak2 dia mengaji , belajar :( .. aq cuba ingin meringan beban ibu dan ayah.. bila dah ada solid income insya'Allah tidak ku minta lgi duit.. tetapi aq pula yg memberi.. insya'Allah.. moga2 dipermudahkan


2. Azam ingin menjadi kuat , dri kecik smpai besar , seorng yg pendiam dan pemalu , nak ckp ngn org yg x kenal pun susah tambah2 lgi perempuan .. haiz ~_~ .. dlu lgi la.. nak tnya cikgu pun x brani.. nak masuk petandingan pun takut , nak cakap depan org rmai pun takut.. aq begitu lemah zaman dlu :( .. ya Allah lindungi aq dri kelemahan ini.. dulu abg2 selalu kata aq lembik mcm perempuan.. mentang2 muka aq lambat matang n cute :P .. wekkk hahaha..
badan aq lemah sngt.. dulu aq seorang yg kering.. smpai makan bnyak pun x besar2.. tpi skrng.. aq cuba ingin menjadi kuat , menukar segala kelemahan menjadi kekuatan ! yeah! aq ingt jdi kuat dan kuat! aq ingin melindungin org yg tersayang , org yg tersayang tidak akan rsa terancam jika bersama ngn aq.. ingin mempunyai tubuh yg gagah mcm tentera2 Islam zaman kegemilangan.. Insya'Allah.


3. Azam membuang penyakit , aq mempunyai penyakit resdung tahap rendah , jerawat , migrain , cepat letih , perut boroi dan sebagainya.. Insya'Allah dgn herbalife.. masalah ini dpt diatasi

4. Azam ingin kahwin, berumah tangga dan mempunyai keperluan dan kehendak yg cukup dan selesa. Seorng lelaki apa x mahu kahwin.. perempuan merupakan pelengkap kepada lelaki. Assistance of Man , pembantu yg paling terbaik! tngok mcm mna keluarga herbalife , ada yg kahwin awal dgn duit herbalife .. mampu beli kereta dan sebagainya tanpa meminta sedikit duit pun dari ibu bapa.. tngok mcm mna kejayaan suami isteri susah senang bersama , menyebabkan aq jeles hehehe.. dan teringin nak kahwin awal huhuhu.. Bila kita kahwin Insya'Allah rezeki akan melimpah ^_^ ... so klau mampu kahwin awal kahwin la..
selepas kahwin , x kan nak bgi isteri dan anak duk rumah sewa , rumah setinggan , rumah parent.. tentulah rumah sendiri yg selesa .. dilengkapi dengan kemudahan , peralatan , mcm tv , astro dan sebagainya.. aq mahu diorng senang .. kenderaan , tempat tidur , ruang yg luang , cantik.. itu la cita2 ku.. Amin



5. Azam happy family , Baitul Jannati , dengan herbalife , hidup tidak stress , ikut suka nak berkerja bila.. boleh bercuti meluangkan masa bersama anak2 .. main bersama .. ^_^ sweetkan mcm tu huhuhuhu...


6. Membantu org yg memerlukan , x semua org di dunia ni senang.. dgn duit kita mampu memberi kepada org yg memerlukan duit seperti makanan tempat tinggal dan sebagainya.. pilih antara kita mampu menyelamatkan 1 org atau 100 org? semua terletak di tgn anda.


Contoh Keluarga Herbalife hehehe jeles nya xD ..
My leader~




Sesiapa yg berminat nak consume atau buat part-time boleh direct pm sya atau contact sya 012-5114213 ^_^ .. smart people will do it.. hehehe



Stakat ni.. itu sja why Herbalife bgi sya.. huhuhu.. Work Double, then kahwin hehehehe.. pstu dah ada best supporter bru bleh jdi org yg hebat! huhuhuhu.. klau ada pak cik mak cik yg msih ada anak dara kat rumah tu boleh la cuba jodohkan hehehehe :P .. ^_^  moga2 ke temu dgn zaujah yg buat business sma2 dan susah senang bersama hehehe... mcm keluarga Herbalife~

Nostalgia~ sekolah rendah , SKUA


Sekolah Kebangsaan Utan Aji 1999 – 2004Nostalgia! Hahaha exercise smbil mengunjungi sekolah rendah yg dlu.. best2.. sudah lapan tahun … keadaan sudah berubah , bangunan baru , cikgu baru , pelajar baru , pak guard baru.. huhuhu.. tpi setiap petang jdi rutin geng2 main bola.. tersempak ngn kawan kecik2 dulu.. semua dah tua huhuhu..  masa kecik dlu selalu gak petang2 main bola bersama abg2.. lepas msuk tingkatan 1 ja , dah x aktif L huhuhu.. sian.. kawan2 lama ada yg dengar berita ada tidak.. sob sob~ miss you all..

OK!


jeng jeng.. new SKUA!





ingt x lagi pondok ni? ni la pengakap , bulan sabit merah dan macam2 aktiviti buat kat pondok ni.. ada 4 pondok yg mewakili 4 rumah sukan , merah , kuning , biru , hijau .. rumah sya rumah merah fav. selalu menang :P

ni la belakang kelas kami dlu , bawah darjah lima , atas darjah 6 huhuhu

darjah 5 dah bertukar jdi darjah 3 sob sob my class D:

ni bilik guru , atas tu perpustakaan... dlu rajin gi perpustakaan sebab cikgu sruh.. boring xD

padang bola! padang semua! hahaha.. bola buat kat sini , bola baling buat kat sini , lari , lontar peluru , lompat jauh semua buat kat sini.. bleh kata hampir kesemua aktiviti sukan buat kat ni.. besar kan?

Surau SKUA.. lama dah x kunjung huhuhuhu.. sebelah dia pstu bilik komputer (tempat fav gak hehehe)

Kantin! tempat fav.! rehat ja psti mai sini.. rehat 30 min dlu.. pstu trun ke 20 min... haiz~ harga makanan dlu kat sini nasi ayam atau daging 50 sen je , air kecik 10 sen , besar 20 sen , ingt lagi huhuhu.. darjah 1 smpai 4 mai sekolah bwk seringgit ja.. lepas tu bwk 2 ringgit..~ x dak jimat punya.. bgi 1 ringgit , 1 ringgit abis xD  bgi 2 ringgit , 2 ringgit abis .. duit lebih bli  jajan , air kat luar sekolah kihkihkih tempat lepak kami dlu~ air sebungkus 20 sen ja dlu.. keropok mcm2 .. ^_^

Masih kah kau ingt? Hahaha ni la tempat main kami dlu~
 Yg ni la courters guru , siap masa aq darjah 3 kot klau x silap~ huhuhu best wow main buaian kat sini.. hehehe.. dulu smpai pusing2.. tpi kena marah gak ngn cikgu2 kat situ.. taman permainan ni khas untuk anak2 cikgu kat situ je.. pstu dah x main.. x brani huhuhu~ nostalgia~


ada gelungsur dan mcm2 hehehe

tempat fav. kuda2 hahaha x ingt nma apa.. tpi best la dlu.. suka naik yg kancil tu :P

tpi syang :( , tempat ni dah usang , dah tiada anak2 kecil main di sini lgi huhuhu ... sian.. tpi x pa.. tempat ni akan ku kenang~


Tdi main bola bersama adik2 aka junior aq hehehe .. umur bru darjah 3 .. tpi mcm aq darjah 6 dlu hahaha.. k fine!.. dlu aq lambat membesar.. comel je :P .. n aq pendek dlu.. tpi bukan la terpendek .. tgh2 .. hahaha.. dlu perempuan tinggi dari aq tau hah!

tpi x pa skrng aq dah besar :D , makin tough lgi wekkk :P ...

Hahahaha.. kepada kwn2 sekolah rendah dlu semoga hidup kamu bahagia dan mempunyai msa depan yg cerah.. nnti kahwin jgn lupa ajak kawe hahaha.. kawe lambat lgi.. calon dah ada tpi dia duk japan.. duk tgh kumpul duit p sna kihkihkihkih..

All The Best Kawan Ku! Semoga Persahabatan Kita berkekalan! Amin ^_^

Wednesday, January 30, 2013

Ceramah Pilihan~ Anak Isteri yg bertuah


Ahli Panel: UAI
               : Ustaz Bollywood

Moderator: Ustaz Syed Norhisyam

Part 1




Part 2

Ceramah pilihan~ wanita & Iman

Ustaz Haslin Bahrim (Ustaz Bollywood)
Orang Perempuan senang masuk syurga & Perasaan Malu & Iman tu Penting


Legend~ Mus'ab Bin Umayr



sumber -  Artikel iluvislam.com

Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus'ab bin Umayr ditugaskan memegang bendera Islam. Pada awalnya kaum muslimin berjaya menguasai pertempuran, sehingga tentera musyrikin bertempiaran lari. Peringkat kedua peperangan, berlaku kelekaan dari kalangan pasukan yang mengawal bukit Uhud, yang telah membuka ruang kepada musyrikin untuk melakukan serangan balas kepada muslimin.
Kaum musyrikin melakukan serangan hebat dengan matlamat untuk membunuh Rasulullah SAW. Dalam saat getir itu, Mus'ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan teguh mempertahankan Rasulullah SAW.
Menyedari ancaman ke atas Baginda, beliau cuba untuk memberikan semangat serta mengalih perhatian musuh dengan mengangkat panji setinggi-tingginya sambil bertakbir dengan nyaring.
Sebelah tangan memegang bendera, sementara sebelah lagi menghunuskan pedang menangkis serangan musuh, sambil melaungkan: "Muhammad itu adalah Rasul, dan sebelumnya telah diutuskan rasul-rasul lain"
Menyedari kehadiran Mus'ab, sebahagian tentera-tentera musyrikin yang asalnya menghala serangan ke arah Rasulullah beralih arah dengan meluru ke arahnya. Antaranya, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah yang menyerbu ke arah Mus'ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam.
Mus'ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus'ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan lehernya dan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada' Uhud.
Ibn Qamiah bersungguh-sungguh berusaha membunuh Mus'ab kerana menyangka bahawa Mus'ab itu adalah Rasulullah SAW, disebabkan wajah Mus'ab seiras dengan wajah Rasulullah SAW. Lantaran itu, sebaik sahaja dia membunuh Mus'ab, dia terus pergi kepada kawan-kawan musyrikin yang lain lalu menjerit-jerit mengatakan bahawa Muhammad telah dibunuh.
Ketika gugurnya Mus'ab, sahabat-sahabat Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telahberusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al-Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus'ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya.
Apabila selesai pertempuran, Rasulullah meminta para sahabat meninjau tentera Islam yang cedera dan syahid. Para sahabat kemudiannya mengumpulkan jenazah-jenazah para syuhada' untuk dikebumikan.
Pengkebumian jenazah Mus'ab antara yang paling menyayat hati. Ketika jenazahnya yang syahid itu hendak dikafankan, didapati tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apa yang ada hanyalah pakaiannya yang singkat dan tidak mencukupi untuk menutup jasadnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah SAW tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.
Para sahabat yang menguruskan jenazah tidak dapat menutup jasad Mus'ab yang syahid itu keseluruhannya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, Baginda Rasulullah SAW meminta agar kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun idhkhir.
Rasulullah SAW amat tersentuh dengan pemergian para syuhada Uhud termasuk Mus'ab dan bapa saudara Baginda Hamzah bin Abdul Muttalib, yang jasadnya dipotong dengan kejam. Sambil menghadap jenazah para syuhada Uhud, Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud: "Daripada orang-orang yang beriman itu ada yang telah membenarkan janji mereka kepada Allah".
Kemudiannya, sambil bercucuran air mata, Rasulullah SAW bersabda kepada jenazah syuhada termasuk Mus'ab: Sesungguhnya Rasulullah menjadi saksi bahawa kalian semua adalah syuhada di sisi Allah di akhirat nanti"
Demikian kisah kekuatan peribadi Mus'ab Umayr, seorang hamba Allah dalammempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Kisahnya mempamerkan usaha danpengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Mus'ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus'ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah.
Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Seterusnya, dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat. Akhirnya beliau menemu Allah dengan penuh kemuliaan sebagai seorang syahid.

Legend~ Sultan Muhammad Al Fateh


Sumber - Artikel iluvislam.com


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan(warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

Oh Kucing~

Kucing kotor?

meh sini cik nak bgitau .. keistiimewaan si comel ni~

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.Kenapa Rasulullah saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


True Men~ six pack

Lelaki sejati apa x dak six pack .. Zaman Rasulullah S.A.W semua tentera2 Islam kuat dan gah.. tpi skrang umat Islam semakin lemah , kuat Ilmu tpi lemah fizikal , kuat fikizal tpi lemah ilmu .. :( .. jdi la Muslim yg perkasa , kuat Ilmu + fizikal yg kuat .. Akal yg cerdas terletak pada badan yg cergas :) .. Al a'qlu Salim fi Jismi salim :D

ni tips untuk nak buat six packs . Insya'Allah aq pun sedang mencuba.. jom cuba bersama...

copy paste je :P
A six-pack is the ultimate sign of fitness and strength — both physically and mentally — because without patience, hard work and sheer determination, your chances of achieving solid washboard abs are akin to winning the lottery. 

You must adhere to a strict low fat diet and do plenty of exercise, for no matter how many crunches you do, your six-pack will not become apparent until the layer of fat covering them is gone. So, with that in mind, here are 10 things you must do to make your six-pack dream a reality. 

Eat small regular meals throughout the day 
"For those aspiring for a chiselled mid-section, reducing body fat is vital," says Simon Jurkiw, a nutritionist from Maximuscle. "Everyone has abdominal muscles, however, most can't see them due to the layer of fat covering them. 

"Small balanced meals help to regulate blood sugar levels which, in turn, minimises unnecessary insulin release, which will result in fewer food cravings and less fat storage." 

Perform cardiovascular exercise 
"While cardiovascular exercise is not specifically a pre-requisite for a six pack, for most, cardiovascular exercise is required to manipulate calorie levels, which helps to burn the unwanted fat from around the abs," says Jurkiw. 

"The role of cardiovascular exercise in obtaining a perfect six pack is simply to increase energy expenditure," he says. "Forty-five minutes on the cross trainer will not only burn off calories, but will continue to increase the metabolism for a prolonged period after." 

Don't overdo it 
"The abs will be working whether you do hundreds of reps or just perform one or two," says Tony Lyons, a head personal training instructor. 

"Abs are high rep muscles, so l don't see the point of going over twenty five reps. Just change the exercise or increase the intensity of each rep to add resistance." 

Sports nutrition 
While nutrition and exercise play fundamental roles in manipulating calorie expenditure, there are other tools available to increase the rate of fat burning, says Jurkiw. 

"Nutrients such as caffeine and green tea have been shown to increase the metabolism as well as increasing the amount of fat the body uses as fuel," he says. "This is an ideal complement to a training and nutrition plan. 

Abdominal exercise 
"An abdominal training plan should focus on all areas of the stomach, not just lots of sit-ups," says Jurkiw. A balanced abdominal training session could incorporate a circuit of: 
  • Sit-ups 
  • Sit-ups with a twist (so right elbow goes across to left knee and vice versa)
  • Hanging leg raises (bring knees up to make it easier) 
  • Plank 
  • Side plank


  • Maintain good posture 
    Sit-ups are the best form of exercise to help target and strengthen your mid-section, however; a lot of men fall short when executing them properly due to a lack of posture. 

    "You should hold your shoulders back when engaging your core workout to reap the full benefits of each sit-up," says Lyons. "You can also use a Swiss ball to practice your balance, which again will activate your core." 

    Shake it up a little 
    There's nothing fun about doing sits-ups all day, but you can help beat the boredom by including some variation into your abdominal workouts. 

    "Perform a variety of exercises on your abs training day so you don't get bored," says Lyons. "Change your routine around. Use a Swiss ball one day and in the following workout use a TRX suspension trainer." 

    Prioritise your workouts 
    Lyons says that while cardio workouts are vital for burning fat, they can hinder your performance throughout the rest of your gym session, simply because they make you tired. 

    He says: "Most people often leave their abs workout till the end of their training routine when they're possibly rushed for time or are too tired, which is why you should sometimes start your workout off with abdominal workouts." 

    Target the weaker areas first 
    Your abdominal muscles have three different sections: the upper, middle and lower abdominals. Each requires different workouts, as no singular exercise will effectively target all three. Lyons says that it's best to start work on the weaker lower abdominals first before targeting the stronger areas. 

    He says: "Make sure you work on the weakest part of your abs first — upper, middle, lower or intercostals (the muscles between your rib and chest)," he says. "Getting the most difficult one out of the way at the start will mean you can put maximum effort into the rest of your workout." 

    Pick your parents wisely 
    "Genetics will play a role in muscle fibre distribution and fat distribution," says Jurkiw. "Some people find it easy to have washboard abs, whereas others have to work a bit harder for it. Fat storage will play an important role — some are genetically predisposed to store fat around the abdominal region, whereas others will store fat in other areas. 

    "Clearly there isn't much you can do about that now so it's better to focus on the previous tips.





    Exercise~ Importance

    Benefit of Exercise


    Want to feel better, have more energy and perhaps even live longer? Look no further than exercise. The health benefits of regular exercise and physical activity are hard to ignore. And the benefits of exercise are yours for the taking, regardless of your age, sex or physical ability. Need more convincing to exercise? Check out these seven ways exercise can improve your life.

    No. 1: Exercise controls weight

    Exercise can help prevent excess weight gain or help maintain weight loss. When you engage in physical activity, you burn calories. The more intense the activity, the more calories you burn. You don't need to set aside large chunks of time for exercise to reap weight-loss benefits. If you can't do an actual workout, get more active throughout the day in simple ways — by taking the stairs instead of the elevator or revving up your household chores.

    No. 2: Exercise combats health conditions and diseases

    Worried about heart disease? Hoping to prevent high blood pressure? No matter what your current weight, being active boosts high-density lipoprotein (HDL), or "good," cholesterol and decreases unhealthy triglycerides. This one-two punch keeps your blood flowing smoothly, which decreases your risk of cardiovascular diseases. In fact, regular physical activity can help you prevent or manage a wide range of health problems and concerns, including stroke, metabolic syndrome, type 2 diabetes, depression, certain types of cancer, arthritis and falls.

    No. 3: Exercise improves mood

    Need an emotional lift? Or need to blow off some steam after a stressful day? A workout at the gym or a brisk 30-minute walk can help. Physical activity stimulates various brain chemicals that may leave you feeling happier and more relaxed. You may also feel better about your appearance and yourself when you exercise regularly, which can boost your confidence and improve your self-esteem.

    No. 4: Exercise boosts energy

    Winded by grocery shopping or household chores? Regular physical activity can improve your muscle strength and boost your endurance. Exercise and physical activity deliver oxygen and nutrients to your tissues and help your cardiovascular system work more efficiently. And when your heart and lungs work more efficiently, you have more energy to go about your daily chores.

    No. 5: Exercise promotes better sleep

    Struggling to fall asleep? Or to stay asleep? Regular physical activity can help you fall asleep faster and deepen your sleep. Just don't exercise too close to bedtime, or you may be too energized to fall asleep.

    No. 6: Exercise puts the spark back into your sex life

    Do you feel too tired or too out of shape to enjoy physical intimacy? Regular physical activity can leave you feeling energized and looking better, which may have a positive effect on your sex life. But there's more to it than that. Regular physical activity can lead to enhanced arousal for women. And men who exercise regularly are less likely to have problems with erectile dysfunction than are men who don't exercise.

    No. 7: Exercise can be fun

    Exercise and physical activity can be a fun way to spend some time. It gives you a chance to unwind, enjoy the outdoors or simply engage in activities that make you happy. Physical activity can also help you connect with family or friends in a fun social setting. So, take a dance class, hit the hiking trails or join a soccer team. Find a physical activity you enjoy, and just do it. If you get bored, try something new.

    The bottom line on exercise

    Exercise and physical activity are a great way to feel better, gain health benefits and have fun. As a general goal, aim for at least 30 minutes of physical activity every day. If you want to lose weight or meet specific fitness goals, you may need to exercise more. Remember to check with your doctor before starting a new exercise program, especially if you have any health concerns.
    stay healthy man :) ..  be healty Muslim! yeah!



    Tuesday, January 29, 2013

    Wanita permata dunia

    Wanita hiasan dunia, tanpa wanita, maka akan suramlah dunia. Wanita adalah satu ciptaan Allah yang cukup unik, cukup istimewa. Jika disingkap kembali sejarah wanita di zaman sebelum datangnya nur Islam, wanita ditindas dan tidak diberi penghormatan, namun selepas kedatangan cahaya Islam, wanita diangkat martabatnya, diberikan penghormatan, keistimewaan serta kemuliaan. Menyentuh soal wanita, terlalu banyak yang perlu dibicarakan. 
    Lakaran sejarah telah menukilkan bagaimana Rabiatul Adawiyah seorang sufi yang mengabdikan sepenuh diri pada Sang Pencipta. Betapa sabarnya Fatimah dalam menghadapi segala kesulitan dan kesusahan hidup. Betapa besarnya pengorbanan Khadijah terhadap perjuangan Baginda Rasulullah SAW dan betapa teguhnya Hajar saat diuji Yang Esa. 

    Jika disoroti senario wanita di zaman kini, di manakah mahu dicari wanita setaat Rabiatul Adawiyah, sesabar Fatimah, seteguh Hajar dan semulia Khadijah?. Kita menyaksikan bagaimana wanita di zaman ini hanya mengejar keduniaan semata, dunia yang tiada sempadan. Mereka saling berlumba-lumba untuk menjadi yang terhebat atau ingin berada di antara mereka yang hebat tanpa menghiraukan arahan dan larangan Tuhan, aurat dibuka tanpa rasa segan silu, adab dan sopan tidak lagi dalam diri, malah ada yang sanggup menggadaikan maruah sendiri. 

    Saban hari, ketika dan waktu, kita lihat betapi licik dan sistematik propaganda-propaganda yang diatur oleh musuh-musuh Islam dalam memesongkan akidah wanita-wanita Islam. Wanita dijadikan bahan dagangan, boleh dijual dan dibeli sesuka hati, gambar-gambar wanita ditampal di sana sini. Di manakah hilangnya martabat dan maruah wanita? Pada siapa harus dipersalahkan? atau kita hanya mampu berpeluk tubuh dan menuding jari pada orang lain? Adakah kita masih berada di zon yang selesa? Tepuk dada, tanyalah iman! Justeru, kita sebagai wanita Islam sewajarnya menyedari peranan kita dalam menjulang kembali martabat wanita yang telah hilang kerana wanitalah yang bakal menjadi sayap kiri rijal dalam medan dakwah. Wanitalah yang bakal menjadi tapak semaian dalam melahirkan generasi-generasi yang akan mewarnai arena perjuangan Islam, wanita jualah guru pertama dalam mendidik akidah anak-anak. Wanita diciptakan daripada rusuk lelaki kerana wanitalah yang menjadi pelengkap lelaki.

    Jangan disangka kelembutan wanita adalah satu kelemahan, sinar matanya yang menawan serta senyuman yang menggoda pasti mencairkan hati-hati lelaki, maka tidak hairanlah jika ramai lelaki yang tewas pada wanita. Ketahuilah bahawa tangan yang menghayun buaian itu mampu untuk mengoncangkan dunia. Lantaran itu, kita sebagai mahasiswi Islam punyai peranan yang amat besar dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama Allah s.w.t. Mahasiswi Islam seharusnya punyai kekuatan dan ilmu yang mendalam dalam menyelamatkan wanita-wanita Islam yang lain daripada terus tersesat. Atas dasar kesedaran inilah, maka kita perlu mengambil segala peluang yang ada kerana peluang untuk berjaya tidak akan menunggu kita melainkan kita menjejakinya. 

    Hayatilah manhaj pentarbiahan Rasulullah s.a.w. terhadap wanita-wanita Islam di zaman baginda. Jadikan diri kita sebagai qudwah hasanah kepada kaum wanita yang lain. Al-Quran dan As-Sunnah perlu dijadikan wadah panduan dalam kita mencari jalan penyelesaian. Sekadar berkata sahaja, tanpa kita memberi jalan penyelesaian adalah salah dan hanya akan membuatkan wanita terus-menerus hidup dalam suasana jahiliah. Firman Allah Taala yang bermaksud : 

    “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya”.

    Oleh yang demikian, jadilah kita wanita yang menggunakan akal fikiran sebagai pembantu setia dalam merungkai apa jua masalah yang membelenggu diri, bukannya dengan emosi yang tidak terkawal. Buangkan pakaian mazmumah, pakai dan hiasilah dengan pakaian mahmudah, lengkapkan peribadi dengan nilai-nilai murni, hiasi diri dengan ketakwaan dan ketaatan kepada Yang Esa, agar kita mampu untuk meletakkan diri kita sebaris dengan pekerja-pekerja dakwah di jalan Ilahi. Jadilah kita wanita permata dunia, wanita pencorak bangsa! 


    Koreksi diri, hiasi peribadi kerana dirimu terlalu berharga…

    Nukilan DilaDellila , wanita: antara Kaca dan Permata