Cinta itu fitrah manusia , antara lelaki dan perempuan , antara manusia dan penciptanya.
Kita tidak tahu siapa yang kita akan bersama till Jannah ^_^ ..
Haah , klau buat cinta ni , kawe x la pandai sngt... sbb x pernah bercinta pun .. gay ka? haha bkn gay .. memang jatuh cinta tu ada.. tngok dia ni comel , lawa, sopan , baju pink .. wah dah hati berdegup kencang.. jatuh cinta pada pandangan pertama hehehehe.. tpi apa yg penting kita kawal nafsu kita ni :) .. biarlah kita mampu dari segi zahir dan batin bru kita luahkan cinta apa si dia (cewah) ..
OK , apa itu jodoh? Lelaki yg baik akan dpt perempuan yg baik.. setuju? Insya'Allah ini janji Allah :D
Jodoh dari Syaitan
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.Jodoh dari Jin
Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.Jodoh dari Allah SWT
Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta.10 Tanda dia jodoh kita~ Fakta atau Auta? anda yang tentukan~
1. Bersahaja
- Si dia tidak berlakon , kita tengok cara dia makan , cara dia berpakaian , ketawa dan sebagainya. Jika kita tidak selesa kita dapat kesan dia berpura-pura atau berlakon.
2. Senang bersama
- Kalau bersama dia atau bercakap dengan dia rasa seronok je . Hilang segala stress . Kalau rasa stress bersama dia . Haah cuba muhasabah diri , betul ka dia ni jodoh kita? :)
3. Terima seadanya
- Walaupun dulu ada kisah yg menyakitkan hati dia , tetapi kalau si dia sanggup menerima dia dengan seadanya maksud dia, si dia betul-betul cinta kat kita. Walaupun , ada orang lain lebih cantik atau comel dari kita. Tapi dia rasakan kitalah paling comel atau hensem :D
4. Sentiasa jujur
- Dia tidak pernah berbohong kepada kita. Setiap percakapan dia jujur.
5. Saling mempercayai
- Tidak terlalu kuat cemburu , sanggup bersaing secara sihat. Contohnya , ada orang lain minat kat kita atau sebaliknya. Dia sanggup berjuang untuk mendapatkan kita tanpa menghukum kita. :D
6. Senang berkerjasama
- Kita seronok buat kerja bersama. Tenang ja , tidak stress pun kalau buat kerja dengan si dia
7. Memahami diri kita
- Memahami siapa kita , kelemahan kita dan sebagainya seterusnya menerima kita seadanya. Bila kita sedih , dia cuba gembirakan hati kita. Bila kita gembira , dia turut gembira.
- Setiap manusia ada kelemahan. Jika si dia sanggup mengakui kelemahan dia. Dia seorang yang jujur dan baik. Bila dia buat silap , dia meminta maaf walaupun ego dia tinggi.
9. Kata hati
- Kata-kata hati bahawa dialah yang kita cari.
10. Tawakkal
- Doa dan tawakkal adalah jalan terakhir untuk kita. Kerana ini keputusan yang paling besar untuk kita. Mencari pasangan till Jannah , Baitul Jannati. Solat Istikharah.
Semoga Allah permudahkan urusan kita , Amin
No comments:
Post a Comment